Satu langkah ke depan

Alhamdulillah settle sudah urusan menduduki verifikasi urut terapi.

Terampil!

Bergambar bersama pegawai penilai - Puan Anis.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang proses mendapatkan SKM Urut Terapi Tahap 3 ini.

Masih jauh perjalanan ini.

Diri ini perlu dapatkan jalan bagi menambah nilai dan kualiti urutan serta membuka minda agar menjadi pengamal urutan tradisional melayu yang bertauliah.

Seterusnya badr ingin mengambil Diploma pula bagi Urut Terapeutik & Penjagaan.

Demi menjaga kualiti dan beri lebih pengamalan yang baik kepada pelanggan sedia ada dan seterusnya, ini perlu.

Doakan segala urusan dipermudah, aamiin.

Previous
Previous

Apa Yang Berlaku Sebelum Saya Sampai Ke Rumah Pelanggan?

Next
Next

Ramai Yang Datang Kerana Sakit.