Kenapa Perlu Sabar?
Kesabaran bukan pilihan tapi kemestian
Orang sangka menjadi sabar ini suatu pilihan. Hakikatnya, sabar ini perlu sepanjang masa kerana sabar tidak boleh hilang daripada diri. Kesabaran banyak didik jiwa kita untuk terus memandang dunia ini sebagai suatu yang bersifat sementara. Ia melatih jiwa supaya tidak terlampau mencari dan dambakan hal yang memberi manfaat kepada kita di dunia ini.
Jangan terlampau kisah bila apa yang berlaku selama ini hanya berjalan seperti bukan kemahuan hati dan kehendak kita. Berlapang dada dan jangan terlampau taksub dengan kebaikan dan kemewahan dunia semata.
Kurangkan mencipta bibit cintakan dunia.
Nampak dunia ini hanya jalan untuk memperoleh kehidupan yang sejahtera di akhirat kelak. Usah ambil kisah yang melampau dengan hasad manusia, ketidak adilan di dunia dan kekurangan melampaui saksama dalam pembahagian nikmat dunia.
Sabar.