Reprising dilema
Setiap tahun inflasi melanda. Mengekalkan harga services sebenarnya mengurangkan produktiviti dan penghasilan kepada perniagaan. Tapi banyak faktor lain yang boleh mengubah tanggapan buruk client berkenaan dengan sensitif harga.
Ada yang menghargai perkhidmatan kita dan meletak nilai melebihi harga yang ditawarkan.
Pada Badr, Badr lebih memilih untuk menjaga kualiti clients. Nak yang betul betul menghargai hasil kerja Badr dan dia boleh repeat urut sekurangnya sekali dalam sebulan.
Setiap tahun inflasi melanda. Mengekalkan harga services sebenarnya mengurangkan produktiviti dan penghasilan kepada perniagaan. Tapi banyak faktor lain yang boleh mengubah tanggapan buruk client berkenaan dengan sensitif harga.
Ada yang menghargai perkhidmatan kita dan meletak nilai melebihi harga yang ditawarkan.
Pada Badr, Badr lebih memilih untuk menjaga kualiti clients. Nak yang betul betul menghargai hasil kerja Badr dan dia boleh repeat urut sekurangnya sekali dalam sebulan.
Repeat clients ini mengurangkan kerja mencari lead baru. Mudah nak jangka penghasilan pada bulan mendatang. Insya Allah.
Ikut harga emas
Jika ikutkan perancangan asal dulu nak letak harga urut ikut emas. Starting dulu memang lah harga emas stabil dan masih murah. Tak sampai pun RM420 segram. Bila sekarang fluctuate terlampau agresif jadi ralat nak letak harga ikut rate emas semasa. Seperti menindas pula orang yang benar benar nak mengurut tetapi tiada fulus kencang.
Badr pula bukan nak cekik darah setiap clients.
Jadi terpaksa lah ubah cara kerja. Hanya tetapkan sahaja harga urutan. Kenaikan sudah lama tidak dibuat. Terasa seperti makin mendesak pula untuk naikkan sedikit rate harga urut. Tapi Badr kesiankan clients.
Buat sementara waktu ini badr akan kekalkan sehingga bulan Ogos. Jika hati berkeras untuk naikkan rate urut, maka aku akan buat demikian.
Cara kedua, aku akan push harga untuk tier yang lebih atas demi menjaga kesimbungan kelangsungan hidup dan kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun ni.
Bulan 8 adalah tahun tutup buka lama buka buku baru. Itu yang sekarang tetap dalam dilema walau dah puas pulun untuk tidak naikkan harga.
Inflasi tahun 2025 mencatatkan 1.4%.
Cuma sebagai usahawan, tidaklah mengatakan aku nak kaut untuk semata. Ada banyak faktor yang mesti aku ambil kira jika dibuatnya ada segelintir pelanggan sedia yang sensitif harga, tidakkan merugikan repeat clients dah dekat situ.
Jadi nak tackle masalah kenaikan harga, Badr mungkin akan gunakan taktik Pelarasan Saiz/Pakej (Packaging/Bundling)di mana Badr menawarkan pakej kombo baharu untuk mengekalkan julat harga yang mesra pelanggan.
Sebelum ini, penetapan harga adalah mengikut khidmat khusus yang dipilih (custom services) bersama diskaun promosi semasa — contohnya diskaun 15% bagi tempahan terus melalui pautan laman web.
Bagi memastikan kualiti urutan kekal pada tahap tertinggi tanpa membebankan pelanggan, Badr kini memperkenalkan Pakej Kombo / Bundle Terus.
Lewat struktur baharu ni, setiap pakej dah siap digabungkan dengan susunan rawatan yang paling optimum pada harga nilai terbaik. Jadi anda tak perlu pening nak pick-and-match satu per satu lagi!
Gambar ini menyatakan harga untuk setiap perkhidmatan yang ditawarkan kepada clients sekiranya mereka ingin home call atau outcall di sekitar Kuala Lumpur